Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Oktober oleh pentadbiran pos di seluruh dunia (Salim Aziz, Astro Awani). Baru ayah tahu sebab baru baca sekejap tadi.
Barulah ayah faham. Patutlah semalam baca di 'Twitter' artis serba boleh, Adibah Noor, ada banyak tanda pagar, '#JomTulisSurat'. Disebabkan suatu ketika dulu ayah pernah menghantar surat ke Ruangan Hai KP dan tersiar di Majalah Gila-Gila, ayah pernah menerima banyak surat dan itu penyebabnya ayah mengumpul setem. Dapat surat begitu banyak dan yang banyaknya surat berantai. Ramai pula orang percaya dan mengepos.
Yang paling dinanti waktu itu ialah abang posmen dan asyik menengok jam. Sampai sahaja, berlari berebut-rebut untuk mengambil surat. Salah satu kegunaan lidah pula adalah untuk menjilat setem. Setem ditampal pada sampul surat yang dibuat sendiri.
Translate
Tuesday, October 9, 2018
Surat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment