Ayah terjumpa satu istilah, iaitu 'engagement' yang digunakan oleh John Williams dalam bukunya, 'Screw Work Let's Play' (terjemahan Syarafuddin Sulaiman, 2015).
Dalam buku ini, 'engagement' ialah keadaan apabila kita tenggelam dalam satu-satu perkara yang cukup memuaskan, sehingga waktu berlalu tanpa disedari. 'Engagement' ni salah satu daripada komponen Formula Kegembiraan (Kepuasan + 'Engagement' + Memberi Makna = Kegembiraan ) yang dikemukakan dalam buku ini. Mesti ada sesuatu kerja atau perkara yang meralitkan kita untuk kekal fokus terhadap kerja atau sesuatu.
Anda sedang bergembira dengan kerja atau dengan perkara yang anda lakukan? Jika tidak, cari jalan untuk bergembira jika masih terpaksa melakukannya sendiri. Mungkin boleh dengar lagu kegemaran atau tengok sesuatu yang membuat anda gembira.
Translate
Wednesday, October 10, 2018
Formula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment