Sinar Harian melaporkan bahawa seekor monyet 'nakal' yang dipercayai bermain dengan pengubah arus elektrik di bandar Livingstone, Zambia telah menyebabkan bekalan elektrik di kawasan tumpuan pelancongan itu terputus dan memaksa lebih 50,000 penduduknya bergelap (agensi berita Xinhua).
Di Taiping (dalam akhbar yang sama), orang ramai dinasihati supaya tidak memandang ringan sekiranya mereka digigit atau dicakar kucing kerana mempunyai risiko jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak, Dr Fuziah Muhayat berkata bahawa risiko jangkitan penyakit itu bukan hanya melibatkan anjing.
Di sini pula sekumpulan monyet atau kera ( ayah pun tidak pasti kera atau monyet) sering datang mencari makanan. Habis bakul sampah hijau diselongkar dan pandai pula dibuka bakul sampah yang bertutup. Pagi-pagi lagi sudah kelihatan monyet atau kera ini meniti di atas tali elektrik.
Nampaknya anak-anak yang suka bermain dengan kucing juga perlu diberi perhatian rapi atau menjauhkan mereka daripada kucing sebagai langkah berjaga-jaga.
Translate
Tuesday, July 18, 2017
Rapi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment