Masih beraya? Ya, masih banyak rumah terbuka.
Anak-anaklah tersenyum riang walaupun cuti hanya dua. Berpakaian hari raya kerana sekolah buat rumah terbuka.
Petang bertambah lebar senyuman dapat bermain di Laman Teruntum setelah sekian lama tidak ke sini. Mereka ralit memanjat tali dan bermain buih sabun.
Senja menghampiri, adik pula tidak mahu memulangkan batang kayu kecil yang digunakan untuk menghasilkan belon buih yang besar. Along terpaksa merampas dan memulangkan kayu serta besen kecil itu kepada penjual buih sabun.
Rajuk adik pergi dan senyumannya kembali setelah memanjat kembali.
Translate
Saturday, July 15, 2017
Senyum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment