Angah suka menurut apa-apa yang dibuat along. Cara berpakaian pun ada kalanya serupa seperti abangnya. Cara percakapan pun ditirunya cuma dia tidak selaju abangnya bercakap dan cakapnya bernada. Adik pula akan sama mengikut abang bermain dan ketiga-tiganya akan bergumpal bersama. Cuma hari ini adik demam dan umi telah membawanya ke klinik. Dia tidaklah seaktif biasa.
Ayah memetik sebahagian berita Dalam Sinar Harian (24 Mac 2017)tentang Usain Bolt.
"Ikut contoh terbaik idola anda.”
Itu nasihat Manusia Terpantas Dunia, Usain Bolt yang turut mempunyai idolanya yang menguatkan semangatnya untuk berjaya kepada atlet muda. Beliau mengagumi bekas jaguh pecut Amerika Syarikat, Michael Johnson yang meraih empat kejuaraan Olimpik.
Ternyata kita perlu ada tokoh rujukan dalam setiap bidang yang kita ceburi supaya kita lebih bersemangat dan tidak mengalah dalam mengejar impian.
"Impian ayah telah runtuh," teringat ayah akan kata-kata angah apabila blok kayu yang telah tinggi disusun ayah runtuh. Yang paling penting, teruskan usaha dan jangan sesekali putus asa.
Translate
Thursday, July 20, 2017
Idola
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesan
Sate ialah ejaan sebenarnya. Di sebalik secucuk sate ada banyak makna dan ceritanya. Dulu-dulu, sangat gembira tatkala Atuk bawa ba...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment