Satu perkara yang disukai ayah ialah kewujudan UTC.
Merujuk UTC Pahang, UTC ialah singkatan daripada 'Urban Transformation Centre' atau Pusat Transformasi Bandar. Hal ini adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan, sektor swasta dan NGO kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
Apabila ke UTC Kuantan yang dulunya perhentian bas ekspres, anak-anak paling suka kerana mereka mungkin nampak tempat itu seperti trek perlumbaan. Ada juga perkara lain yang disukai ayah. Ayah biasa singgah di satu gerai (bukan gerai makan pagi atau tengah hari) kerana ada masanya terdapat menu masakan kampung seperti ikan talang yang dimasak dengan cabai kering (telah dibungkus dalam bekas plastik).
Raya keenam pula kami ke situ membeli kuih raya kerana kami tidak jumpa di tempat lain.
Translate
Friday, July 7, 2017
Talang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment