Ayah duduk di kerusi sambil menikmati secangkir kopi. Anak-anak ayah ralit bermain air. Bola, cawan plastik, topeng ultraman dan itik-itik kecil di bawa ke dalam kolam.
Abang-abangnya naik ke atas kerusi kayu dan terjun ke dalam kolam. Air terpercik keluar dari kolam. Mujur adik tidak ikut serta. Abang berbaring di dalam kolam dan adik pun buat perkara yang sama. Along dan angah main lawan-lawan di dalam air. Adik hanya memerhati. Adik mencampak itik-itik yang di bawanya ke bawah pokok kelapa. Ada masanya dia mengutip kembali bola yang dicampaknya ke luar.
Sejurus selepas itu, adik keluar dari kolam dan datang dekat ayah. Tidak semena-mena dia memancutkan air seninya. Nasib baik tidak kena seluar ayah. Setelah ayah membasuh adik dan membersihkan lantai, adik masuk ke dalam rumah bersama dengan ayah. Adik berbaring di atas sofa sambil menyedut masuk susu daripada botolnya.
Tidak lama kemudian, dia meninggalkan botolnya yang nol dan kembali ke kolam.Tiba-tiba, abang meninggikan suara memanggil ayah. Ayah meluru ke luar. Abang berdiri di atas kerusi. Adik dan angah di dalam kolam. Abang cakap adik telah melepaskan air seninya ke dalam kolam. Air di dalam kolam terpaksa dikosongkan dan diisi dengan air yang baharu.
Masing-masing masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti main air. Selesai bermain air, kolam dikosongkan dan disangkut pada ampaian supaya kering.
Translate
Monday, October 3, 2016
Terjun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahagia Ke Sorga
Dua hari lepas, Ayah dan Along ke Bentong, bukan untuk mencari halia Bentong tetapi menghadiri walimatulurus. Rasa macam baru makan kenduri...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment