Buah zaiton jeruk, timun jeruk ditambah dengan lada benggala, sayur-sayuran dan beberapa jenis sos serta daging nipis menyebabkan rasa roti yang mengapit bahan-bahan tadi lebih unik. Ada rasa pedas, rasa masam dan manis yang bergaul di dalam mulut.
Emak belanja ayah makan di 'Subway' ECM sempena 'hari tua' ayah. Apabila dibawa balik, abang dan angah berebut untuk makan. Angah mahu makan terlebih dahulu dan angah mengusik abang dengan menyatakan bahawa dia akan menghabiskannya jika abang terlalu lama mandi.
Akhirnya, ayah yang menghabiskan roti yang ada isi ketam dan buah zaiton hitam itu setelah ditinggalkan mereka berdua di atas meja. Hari ini memang 'hari makan' ayah.
Translate
Monday, October 17, 2016
Kapit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dua Lapis
Apabila buka saja sekolah, hari kedua timbul rasa stres Ayah. Kata adik, "Ayah stres, tapi benda tu buat kita belajar!" D...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment