Malam tadi abang tidur awal. Pagi ini, dia memeluk sebekas baulu opah masuk ke dalam kereta. Dia tidur sebelum sempat makan.
Selalunya waktu pagi jarang dia hendak makan. Apabila turun dari kereta, dia menggalas beg. Kemudian, separuh badannya masuk ke dalam kereta kembali dan tangannya membuka bekas kuih baulu serta mengambil satu biji baulu lagi.
Pagi ini juga ayah membaca tentang makan, tentang kunyahan secara sihat (Radhiah Syukri,Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia) dalam Dewan Masyarakat bulan Oktober.
Dalam artikel ini menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw menyarankan makanan dikunyah sebanyak 40 kali bagi setiap suapan. Mengunyah secara perlahan-lahan dapat membantu usaha untuk mengekalkan berat badan yang seimbang. Apabila dikunyah dengan kadar yang lama, kita akan terdorong untuk mengurangkan jumlah makanan yang dimakan.
Kajian membuktikan bahawa makanan yang dikunyah dua kali ganda daripada biasa mampu membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih cepat. Kebiasaannya, otak mengambil masa 20 minit untuk memberikan isyarat kepada perut bahawa kita sudah kenyang.
Bayangkan jika kita mengunyah dan menelan dengan laju, sudah pasti lebih banyak makanan yang diambil atau dimakan sebelum otak memberikan isyarat kenyang kepada perut.
Kesannya, risiko untuk kita menjadi gemuk dan mendapat penyakit kronik lebih tinggi kerana kalori yang diambil jauh lebih tinggi.
Sebelum keluar kereta tadi, ayah juga sempat mencapai sebiji baulu air tangan opah tetapi ayah kunyah cepat-cepat kerana mahu cepat.
Translate
Tuesday, October 18, 2016
Kunyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahagia Ke Sorga
Dua hari lepas, Ayah dan Along ke Bentong, bukan untuk mencari halia Bentong tetapi menghadiri walimatulurus. Rasa macam baru makan kenduri...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment