Sebelum sampai ke rumah, ayah berhenti di gerai buahan-buahan di tepi jalan sebelum Kuipsas.
Ayah membeli sesisir pisang berangan dan air kelapa. Kemudian, kami singgah di stesen minyak Shell. Ayah membeli surat khabar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian, Koko Krunch dan Honey Star serta susu strawberi HL Marigold.
Sampai di rumah, anak-anak mandi kolam. Ayah makan pisang sambil membaca surat khabar di luar rumah. Adik pun mendekati ayah dan meminta pisang. Mula-mula ayah mengoyak kulit pisang tetapi kemudian mahu dilakukannya sendiri.
Main air menggunakan banyak tenaga dan sudah tentu perut pun lapar. Menurut pembacaan ayah, sebab itu pemain bola tidak dibenarkan berenang ketika perlawanan bola semakin hampir kerana prestasi mereka akan terganggu.
Pisang dapat membekalkan tenaga dan mudah dimakan oleh anak-anak. Pisang yang sesisir hanya tinggal tiga biji setelah kami berempat 'kerjakan'.
Translate
Saturday, October 8, 2016
Tenaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dua Lapis
Apabila buka saja sekolah, hari kedua timbul rasa stres Ayah. Kata adik, "Ayah stres, tapi benda tu buat kita belajar!" D...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment