Dari minggu lepas lagi, dia menyuruh ayah dan emak ke sekolahnya pada 'hari tua' ayah. Hari itu Hari Usahawan di sekolahnya.
Kesungguhannya itu jelas kelihatan sehinggakan dia mengajar emak membina dialog untuk memohon kebenaran ke sekolahnya pada hari tersebut.
Pada hari kejadian, ayah ke sekolahnya. Ayah mencari dia dalam keriuhan dan kesesakan aktiviti yang pelbagai. Ada yang ralit bermain buih sabun yang begitu besar, ada yang mengusap-ngusap arnab dan yang makan serta mengusung makanan ada di mana-mana.
Dia yang menemukan ayah terlebih dahulu. Kupon digunakan untuk membeli makanan. Selesai makan burger dan aiskrim, dia mahu bermain di dalam taman permainan pelampung yang besar seperti istana dan yang beratur cukup ramai. Yang menunggu giliran juga ramai.
Ayah meninggalkannya sewaktu dia beratur dan waktu balik di dalam kereta dia menyatakannya dia bahawa dia hanya mahu menceritakannya kepada emak setelah ayah menyoalnya tentang pagi tadi.
Rupa-rupanya dia tidak larat menunggu terlalu lama dan berlalu meninggalkan tempat permainan pelambung yang besar seperti istana itu.
Tidak suka menunggu terlalu lama itu seperti 'mewarisi'perangai ayah.
Translate
Monday, October 17, 2016
Beratur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment