Sekarang tengah hujan lebat. Emak memandu Alza. Ayah di belakang bersama dengan anak-anak.
Apabila kereta berhenti di stesen minyak Shell Bukit Besi setelah meter minyak berkedip-kedip menunjukkan minyak semakin sedikit, abang mula menyanyi. Dia menyanyi setelah mendengar emak meminta duit daripada ayah.
Kenapa ayah ada duit
Umi tak ada duit
Sebab ayah lahir dulu
Jadi, beruntunglah ayah-ayah yang lahir lebih awal kerana jika isteri atau anak-anak meminta, itu menunjukkan ayah lahir terlebih dahulu dan mungkin duit ayah lebih banyak sebab lahir lebih awal.
No comments:
Post a Comment