Translate

Monday, November 23, 2026

Lebih

Perahu sudah di air, pengayuh sudah di tangan, setelah bersedia, hari ini anak-anak memulakan ujian bertulis SPM, dimulai Ujian Mendengar Bahasa Melayu.
        Semuanya menyokong dan mendoakan kejayaan — ibu bapa, datuk, nenek, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, guru, sahabat, masyarakat — dan boleh ditambah dengan amalan sedekah. Masa untuk anak-anak mencurahkan segalanya setelah bertungkus-lumus siang dan malam menuntut ilmu.  Menuntut ilmu itu dimulai dengan adab dan seterusnya sudah pastilah ada matlamat yang jelas untuk dicapai, iaitu cita-cita. Kata William Arthur Ward di dalam buku Mutiara susunan Adi Alhadi, "Jika anda boleh membayangkannya, anda boleh mendapatnya; jika anda boleh mengimpikannya, anda boleh mencapainya."
         Moga Allah SWT merahmati dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak SPM 2026. Inilah permulaan untuk melangkah lebih jauh kerana hakikatnya hanya yang diuji akan memahami bahawa ujian itu akan menjadikan kita lebih baik dan bertambah kuat, Insya-Allah. Terima kasih atas segala-galanya.


No comments:

Lebih

Perahu sudah di air, pengayuh sudah di tangan, setelah bersedia, hari ini anak-anak memulakan ujian bertulis SPM, dimulai Ujian Mendengar Ba...