Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiulawal yang cerah
Dua puluh april tahun Gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah.
Selain lagu Rasulullah nyanyian Hijjaz, Ayah suka lagu Junjungan Mulia daripada kumpulan Al-Mizan.
Dalam setiap perkara yang kita lakukan, bermula sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, semua kita boleh merujuk cara hidup Rasulullah SAW. Makan ada adabnya, main pun ada adabnya dan semua perkara yang baik kita lakukan dengan niat kerana Allah SWT itu menjadi ibadah dalam kehidupan seharian kita. Kita yang beragama Islam sangat beruntung kerana mempunyai suri teladan yang sangat hebat untuk kita ikuti dan teladani, iaitu Nabi Muhammad SAW. Jika dilihat, Buku "100 Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah" (tajuk asal Bahasa Inggeris: The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History), karya terkenal tulisan astrofizik, sejarawan, dan penulis Amerika Syarikat, Michael H. Hart yang diterbitkan pada tahun 1978, penulis telah meletakkan Nabi Muhammad SAW pada kedudukan pertama dalam senarai tokoh paling besar impak dan pengaruhnya terhadap tamadun manusia.
Alhamdulillah, beruntunglah kita kerana setiap hari kita begitu dekat dengan Rasul Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW melalui sunah Rasulullah SAW yang kita amalkan pada setiap masa. Marilah kita bersama-sama memperbanyak selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Translate
Wednesday, August 26, 2026
Memperbanyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memperbanyak
Malam Isnin subuh yang indah Dua belas Rabiulawal yang cerah Dua puluh april tahun Gajah Lahirlah zuriat dan syahadah. Selain ...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment