Translate

Tuesday, July 1, 2025

Pelakon

Mengiringi menemukan kami. Ada yang pernah ditemui, ada yang baru dikenali, cukup tiga hari, banyak cerita dapat didengari dan dikongsi.
       Di sini, anak-anak dilentur untuk ilmu baharu dan diingatkan kembali jika sudah tahu. Tatkala di atas pentas, mereka ditekankan untuk sedar ruang dan sedar masa. Mereka juga bukan lagi siapa mereka yang sebenar semasa di atas pentas jika terpilih sebagai peran dalam persembahan. Nada dan intonasi turut memainkan peranan, bergantung kepada watak yang dipegang, begitu juga dengan pergerakan. Jika tidak berwatak, mereka jua tetaplah amat penting kerana segala-gala yang berlaku di atas pentas mesti berjalan dengan bantuan semua ahli kumpulan. Persembahan bukanlah bersifat individu walaupun di atas pentas seorang saja yang bersandiwara, semuanya berjalan lancar disebabkan kerja berkumpulan.
         Mengiringi tetap dapat memberikan pengalaman yang baharu, ilmu yang baharu dan mengenang pengalaman terdahulu yang masih relevan di pentas dunia. Kitalah pelakon yang sebenarnya.
      

No comments:

Pelakon

Mengiringi menemukan kami. Ada yang pernah ditemui, ada yang baru dikenali, cukup tiga hari, banyak cerita dapat didengari dan dikongsi.    ...