Ahad, 6 Julai, semua rumah bersaing untuk hari yang terakhir. Seronok memungkinkan segala jerih penat diabaikan untuk memberikan yang terbaik setelah hampir seminggu berjuang dan membuat persediaan.
Merah, hijau, kuning dan biru mewarnai padang harapan yang begitu luas. Segala-galanya dikerah — kudrat dicurah dan idea diolah. Sorakan bergema — membangkitkan semangat supaya tak mudah menyerah dan mengalah — biar sampai ke penamat walau lelah. Idea diolah melalui kreativiti yang terserlah melalui pakaian dan hiasan, dibantu dan dipantau guru bersungguh-sungguh siang malam, anak-anak dilatih menjalin kerjasama dan mengagih-agihkan tugas. Kehangatan dicairkan dengan kedinginan aiskrim, terima kasih banyak yang memberi semangat dengan menghadirkan kelazatan tanpa bayaran.
Keseronokan yang dikecap bersama dapat menyatupadukan kita. Keseronokan dapat membangkitkan semangat dan menghalau rasa terbeban meskipun penat. Tahniah untuk semua!
No comments:
Post a Comment