Translate

Thursday, April 24, 2025

Tahniah

Khamis, 24 April 2025, keputusan SPM sudah keluar. Berakhirlah segala debaran dan pastinya semuanya sudah ada sasaran yang baharu.
        "Jika kamu tak sanggup menahan lelah belajar, maka kamu harus sanggup menanggung perih kebodohan," begitulah kata-kata Imam Shafie. Anak-anak yang sudah ada keputusan di tangan, pastinya sedang menimbang-menimbang dalam fikiran  untuk sambung pelajaran. Belajar itu memang lelah, tak kiralah di mana-mana pun. Di sekolah, di rumah dan di luar rumah, anak-anak tetap akan belajar tentang sesuatu sebab ilmu ada di mana-mana. Banyak yang telah berjaya, tak  kiralah di universiti atau bukan di universiti, ilmu itu sentiasa ada di sekeliling kita untuk kita aplikasikan selagi mana baik untuk kita dan orang lain. Bertanyalah untuk kepastian jika masih ragu-ragu dengan masa depan kerana dalam pertanyaan itu selalunya banyak mengandung jawapan dan buatlah pilihan yang sepadan.
        Alhamdulillah, Syabas dan Tahniah kepada murid-murid SPM 2024, anda telah melalui satu lagi proses dalam kehidupan! Anda akan melalui satu lagi jalan yang melelahkan namun semuanya tetap akan berbaloi kerana di situnya terletaknya kebijaksanaan dan kekuatan dalam mengharung kehidupan.


          

No comments:

Menginjak

Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas,  15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi.          Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...