Translate

Wednesday, April 23, 2025

Terbina

Merentas Desa pun telah berlangsung. Yang suka berlari semestinya tertunggu-tunggu acara  ini dan ada juga yang tugasnya menolong cikgu-cikgu. Semuanya telah dirancang sejak awal.
        Setiap yang hadir ada peranannya dan secara keseluruhan, semua ada peranan masing-masing — sebelum, semasa dan selepas kejadian atau program yang dijalankan. Peranan setiap ahli itu sangat penting kerana tanpa kerjasama semua akan terjadi banyak kepincangan.
Alhamdulillah, segalanya menjadi lancar disebabkan semua tahu peranan masing-masing dan jika ada sesuatu yang di luar jangka, segera penyelesaian dicari mengikut pengalaman yang ada dan mengikut kepakaran yang ada. Antara yang dapat dilihat — Cikgu Amir dan Cikgu Shafiq yang bersedia dengan basikalnya, Cikgu Hashim, Cikgu Ifzul dan Cikgu Hafizuddin yang sentiasa mengawasi, Ustaz Muzakkir dan Cikgu Diyana yang datang ke sekolah bukan lagi dengan kereta, Cikgu Rapidah dengan balang airnya dan Abang Hafiz yang akan berada di mana-mana saja.  Itu yang berlangsung pada Jumaat, 18 April 2025.
       Semua yang berlangsung memerlukan komitmen daripada setiap orang. Setiap komitmen yang diberikan walaupun kecil dirasakan tetaplah amat penting kerana tanpa kerjasama tidak ada apa-apa pun yang akan terbina. Teruslah Hidup Berjasa!


        

         
     
          

No comments:

Menginjak

Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas,  15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi.          Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...