Dari Januari ke Disember, memang penuh dengan warna-warni. Kita yang memilih untuk memenuhkan ruang kosong yang ada mengikut warna-warna yang ada, tidak kiralah warna primer atau warna sekunder.
Sedondon atau tidak, mengikut tona warna atau berlawanan warna, itulah warna-warna yang mewarnai hidup kita, suka atau tidak suka. Setiap warna pasti ada ceritanya. Semalam, 20 Disember,
hidup pun hidup tetap masih diwarnai, sampailah masanya Majlis Sanjungan Budi Kekal Terpateri, masih persaraan warga Hidup Berjasa, Encik Mohd Abd Nasir, Encik Hamdan, Encik Shaari dan Puan Maziah. Encik Hamdan dan Encik Abd Nasir menyimpulkan bahawa perjalanan sebagai seorang guru menyeronokkan dan sudah pasti penuh dengan warna-warni. Merakam detik-detik indah yang berwarna-warni bercampur aksi dan rasa, satu detik yang sangat berharga. Malam bersambung dengan retro yang juga penuh dengan warna-warni, banyak perkara yang harus kita nikmati dengan sahabat-sahabat di sekeliling kita yang sentiasa menceriakan, berkomitmen dalam menjalankan amanah dan saling menyokong dalam menyelesaikan tugasan sepanjang tahun yang hampir ke penghujung.
Terima kasih atas segalanya, perjalanan harus diteruskan. Yang habis perkhidmatan tetaplah ada sesuatu yang ingin diselesaikan dan pengalaman yang mahal masih boleh dikongsi. Yang tinggal mestilah menyambung dan meneruskan perjuangan mengikut perancangan. Itulah warna-warni kehidupan. Hidup Berjasa.
No comments:
Post a Comment