Translate

Friday, December 6, 2024

Sampai Waktunya

Empat hari ke tempat lain di musim hujan membawa hati-hati, yang lain begitu jua. Bertemu yang jarang bertemu dan yang kali pertama ditemui, hujan menjadi saksi.
        Hujan berhenti dan kembali menyanyi, debar tetap menanti, tak pasti apa-apakan terjadi. Bertemu dan saling mengenali dalam suasana yang  formal bukanlah sesuatu yang didambakan dan itu peranan yang harus dimainkan. Menanti dan mengenali sedikit demi sedikit mungkin membuahkan mesra walau terasa agak janggal. Bermula dengan janggal dan berakhir dengan kenal, begitulah selalunya atau berlalu begitu saja mungkin juga berlaku. Berhenti seketika setelah mendengar agak lama, kopi panas, kopi sejuk atau apa-apa saja minuman menjadi cukup nikmat, tak harus dilepaskan. Berkongsi pengalaman sesuatu yang mahal dan mendengar menjadi perkara yang sangat penting kerana kita punya dua telinga. 
      Mata yang memerhati, mulut yang menyebut dan telinga yang mendengar, segalanya mesti dijaga kerana akan ditanya pabila sampai waktunya. Walau dalam mendung yang panjang, walau guruh yang menyergah, segalanya harus ditempuh untuk menebalkan syukur dan menghargai kenangan yang tercipta.

No comments:

Rancang dan Kenang

Musim hujan, musim buah dan Opah tetaplah gigih menyiapkan tempahan yang datang macam biasa - baulu, karas dan peneram.        Anak-anak me...