Isnin, 9 Disember, Pak cik Latif mengembalikan kenangan Ayah dengan mengirimkan sebuah lagu Hide in Pain, dendangan Def Gab C, kumpulan pujaan kami.
Jika direnung, banyak tersimpan pengalaman dan pengajaran tatkala kita berada di satu-satu tempat dalam masa yang agak lama. Tatkala fikiran kita kembali ke daerah itu, tentulah banyak yang bersimpang-siur dan mengambil sedikit masa untuk diimbau atau dicungkil semula. Apatah lagi kalau kita membawa diri ke tempat itu, tentulah lagi banyak kisah. Begitulah juga anak-anak tatkala kembali ke Bumi Hidup Berjasa dengan membawa kek, penampilannya sudah lain, sudah menimba pengalaman yang lain, kisahnya semakin berkembang dan menarik. Kata Cicero, "Pengalaman ialah guru yang terbaik." Tak sempat mengisahkan semuanya, namun impian telah diteruskan dan terus mengejar yang dicita-citakan. Teruskanlah perjuangan!
Kadang-kadang kita selalu kembali ke daerah kenangan, bukan untuk apa, hanya kerana ada sesuatu yang telah meresap ke dalam jiwa kita sehingga saat ini. Kita dapat sesuatu daripada kenangan itu, menjadikan kita lebih tabah untuk menghadapi saat yang mendatang, maka kita pun selalu ke daerah itu kerana di situ terletaknya semangat, kekuatan dan harapan.
No comments:
Post a Comment