Pantang nampak makanan itulah anak-anak, tambah-tambah di bulan puasa, semuanya terliur.
Sentiasa lapar, seperti macam tak kenyang walau sudah makan, balik bilik sambung pula makan, itu sewaktu di Madinah dan Makkah. Sampai saja di bilik, sambung makan Indomie. Sepanjang perjalanan ke Masjid Nabi dan Masjidilharam, rezeki anak-anak murah, ada saja yang menghulur makanan seperti biskut, kurma, coklat dan gula-gula. Menghala ke masjid dan balik dari masjid pun melalui kedai-kedai, tambah-tambah ada kedai askrim, tak mungkin dilepaskan anak-anak. Ke ladang kurma pun, bukan setakat kurma dan coklat, bakso pun ada, pastinya perut diisi sebelum balik. Alhamdulillah, rezeki perut selalu kenyang dan mengenyangkan perut yang memerlukan dan yang lalu lalang di hadapan hotel juga salah satu perkara dilakukan oleh ahli-ahli rombongan umrah. Air dan makanan seperti kebab diedarkan kepada yang mahu ke masjid dan yang balik dari masjid.
Sewaktu kita menikmati juadah atau makanan, pastinya ada anak-anak dan keluarga yang sedang berlapar. Menjadi tugas kita untuk membantu yang memerlukan, banyak atau sedikit bergantung kepada kemampuan masing-masing. Yang penting, kita telah berkongsi rezeki yang Allah SWT kurniakan, Alhamdulillah.
1 comment:
salam ramadhan
Post a Comment