Translate
Saturday, April 29, 2023
Gembira
Thursday, April 27, 2023
Al-Fatihah
C - cintaku yang satu
I - impian kan nyata
N - nikmat yang berbeda
T - tanpa pengertian
A - antara kauaku
Pastinya diingati, bagi kita yang membesar dengan lagu ini. Itulah sedikit petikan lagu C.T. Cinta Kenangan Silam, ciptaan J.S Kevin, alunan kumpulan XPDC. Kebanyakan lagu, banyak bercerita tentang kehidupan, terutamanya perihal cinta yang begitu luas maknanya dalam melayari luasnya laut kehidupan.
Malam Jumaat tadi, kita dikejutkan dengan pemergian ke negeri yang abadi, vokalis XPDC, Mael. Al-Fatihah untuknya. Perjalanan kita untuk cinta-Nya sedang kita lalui. Bait-bait lagu yang kita dengar jika kita amati sebenarnya banyak mengajak kita mengingati Empunya segala-gala yang kita nampak dan yang kita tidak nampak serta yang tak terjangkau dek pemikiran kita. Merenung kembali sedikit lirik 'Titian Perjalanan' yang berbunyi, "Seminit kita berlagu, ada lagi waktu, dengan ingatan tulus insan, kita makhluk Tuhan, kita dijadikan," bait ini mengingatkan kita tentang siapa diri kita dan sebagai makhluk Tuhan sudah tentu bersebab kita dijadikan. Selagi ada waktu, selagi itu kita perlu mengejar cinta yang Satu.
Perjalanan kita tak pernah berhenti selagi waktu berjalan sesaat demi sesaat. Apa-apa yang kita isi di sepanjang perjalanan, itulah penentunya. Kita mempunyai lagu kita sendiri yang menyimpan segala pengalaman dan pengajaran untuk dinikmati diri sendiri dan diikuti orang lain. Moga segalanya menjadi amal kebaikan. Al-Fatihah untuk yang telah pergi.
Wednesday, April 26, 2023
Sama-Sama
Thursday, April 20, 2023
Baik-Baik
Tahun ini Opah lebih awal berehat, tempahan kuih telah disiapkan. Tahun lepas, sewaktu 'raya terkejut' diumumkan, Opah pun terkejut sebab masih kerja keras buat kuih karas.
Semalam gerhana matahari, pagi ini, bukit di depan rumah Opah masih berkabus. Cucu-cucu Opah terus bermain, yang kecil dengan anak patung, yang besar dengan permainan video. Berbuka semalam, laksa dicampur kuah yang pekat lengkap dengan bunga kantan dan daun kesum, cukup menyelerakan. "Ada kuah?" Achik tanya Opah. Beberapa hari lepas, dia makan laksa berkuahkan kicap. Ayah pun tidak periksa sewaktu membeli laksa, kuah tak ada di dalam bungkusan plastik. Menambah Achik makan laksa, melepaskan geram. Hari ini hari terakhir puasa, Opah mahu buat bihun sup, esok Sabtu 22 April 2023 sudah 1 Syawal. Malam tadi, baju raya Ayah keluarkan daripada beg. Nampaknya baju raya Adik tak ada, Ayah pun tak tahu ke mana perginya bungkusan plastik yang berisi baju adik. Umi pun tak tahu, Umi cakap baju warna hijau yang lain ada di dalam almari. Adik datang dekat Ayah lepas Ayah cakap Adik dah ada baju raya. Adik cakap, "Yang itu baju kenduri, bukan baju raya. Ayah belilah baru!"
Alhamdulillah, tahun ini, Aidilfitri sudah tidak terkejut. Apa-apa pun, dalam melalui Ramadan dan Syawal yang bakal muncul esok, banyak kejutan yang telah berlaku dan yang akan berlaku, ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan. Mahu atau tidak mahu, berdoalah yang baik-baik, moga kita masih diberi kesempatan bertemu Ramadan yang akan datang.
Wednesday, April 19, 2023
Sejauh
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung bermaksud hendaklah menurut adat dan resam tempat yang kita diami dan begitulah kita yang sepatutnya.
Di mana-mana pun kita berada, sudah tentulah ada adat dan resamnya walaupun tidak lama kita di situ, perlulah kita menyesuaikan diri. Setiap tempat ada adab dan resamnya, ada juga aturannya, tambah-tambah di jalan raya, sama-samalah kita bersabar dan bertolak ansur kerana semuanya ada tujuan yang satu, ingin selamat sampai ke tempat dituju. Maka, yang sudah mula bercuti, rezeki datang awal untuk berpuasa di rumah atau di kampung dan seterusnya menyambut raya. Anak-anak yang di asrama, Selasa, 18 April 2023 sudah pulangnya dan teka-teki hari jatuhnya hari raya masih berlarutan kerana semuanya berharap bukan 'raya terkejut' seperti tahun lepas. Terlebih dulu, mari kita terus meraikan Ramadan berkat yang masih bersisa.
Sejauh mana pun kita melangkah, sejauh mana pun kita berlari, sejauh mana pun kita terbang, jangan dilupakan asal usul kita. Pasti ada yang mengharap khabar daripada kita, pasti ada yang sedang menunggu kita, pasti ada yang sedang menantikan doa daripada kita. Moga selamat semuanya walau ke mana-mana pun hala tujunya.
Friday, April 14, 2023
Kurnia
Buka puasa dinanti anak-anak. Sekejap-sekejap bertanya, bukan sebab puasa saja kena sabar, sebab anak-anak lagi banyak kena sabar.
Berbuka puasa tak sah kalau tak ada kurma. Salah satu tugas anak-anak ialah membasuh buah kurma atau tamar. Para sarjana perubatan mendapati tamar mengandungi glukosa yang paling tinggi antara buah-buahan yang terdapat di dunia serta menyumbang tenaga dengan serta-merta (buku Madinah Munawwarah, Kelebihan & Sejarah, Dr. Abd. Basit Abd. Rahman, Telaga Biru). Cukup gembiralah anak-anak dan semua sewaktu ke ladang kurma dulu, boleh rasa macam-macam jenis kurma. Sudah ada kurma, lebih indah dapat berbuka puasa dengan anak-anak, seisi keluarga dapat bersama-sama, tak kira di mana-mana.
Semakin anak-anak membesar, dapat berbuka puasa bersama-sama, satu perkara yang sangat membahagiakan. Pastinya banyak kenangan yang dirakam sementara menanti berbuka puasa dan sewaktu berbuka puasa kerana Ramadan itu antara kurniaan yang cukup besar untuk kita semua.
Friday, April 7, 2023
Kongsi
Monday, April 3, 2023
Cari
Anak-anak sentiasa bersemangat, apatah lagi apabila tiba di tempat baharu, anak-anak sememangnya cepat belajar dan perasaan ingin tahu sentiasa membuak-buak dalam diri mereka.
Di dalam bas, masing-masing pantas mengecas telefon pintar menggunakan tempat cas yang ada di sisi kerusi. Masing-masing ada telefon pintar kerana setiap orang wajib ada untuk pendaftaran masuk ke Raudhah menggunakan aplikasi Nusuk. Sewaktu Di Taif yang sejuk seperti di Madinah, yang dewasa teruja dengan minyak wangi, anak-anak teruja dengan persekitaran. Naik turun tangga satu keseronokan bagi anak-anak. Banyak pokok bunga ros, namun bukan musim bunga. Di Madinah dan Makkah, merpati kerap menarik perhatian anak-anak, disergahnya kumpulan merpati yang sedang makan. Membeli makanan kadang-kadang diserahkan kepada anak-anak, biar mereka bercakap, tak pasti pula bahasa apa yang digunakan mereka. Ada saja pertanyaan, kadang-kadang Umi dan Ayah pun tak dapat jawab kerana soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), soalan ditanya aras kayangan.
Ada masanya kita perlu menjadi seperti anak-anak yang penuh tenaga dan semangat untuk memulakan hari walaupun kadangkala permulaan hari tidaklah seperti yang kita harapkan. Carilah sesuatu yang boleh buat kita gembira kerana anak-anak sentiasa ada jalan untuk mereka gembira.
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...