Setelah tiga hari bersekolah, hari ini, 23 Mac 2023, Ramadan pun bermula, Alhamdulillah.
Bermula sekolah, bermula puasa, rutin sudah tentulah sedikit berubah. Mak-mak, ayah-ayah, anak-anak ada amanah yang perlu dibuat. Anak-anak kecil akan kerap bertanya, "Dah boleh berbuka?" Mak-mak pula mula memikirkan menu yang sesuai untuk berbuka dan bersahur di samping kerja utama yang perlu dijalankan. Kata Ustaz, "Ini bulan untuk menambahkan amal ibadat." Sebulan yang lepas, Aidil dan Shahid teruja dengan suasana berbuka puasa di Masjidilharam. Bagi yang berbuka puasa, melalui pintu 89, di situ dihamparkan plastik memanjang mengikut saf. Setiap yang menanti untuk berbuka, dihidangkan dengan kurma, roti, yogurt dan ada juga makanan yang diletakkan di dalam beg kecil. Selesai makan sebelum bersolat, plastik yang terbentang dilipat untuk memastikan tidak ada sisa makanan atau sampah yang terkeluar, seterusnya digulung oleh setiap orang sehinggalah ke hujung saf.
Alhamdulillah, bagi kita yang masih diberi kesempatan bertemu Ramadan, ini salah satu nikmat yang cukup besar. Bersyukurlah kita dan marilah bersama-sama kita melalui Ramadan ini dengan segala amal kebaikan, Insya-Allah. Selamat Berpuasa untuk semua.
Translate
Wednesday, March 22, 2023
Amal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment