Kadangkala sambil minum kopi atau duduk merenung, kita tercari-tercari kelebihan kita. Kadangkala kita juga sering merendah diri kerana menganggap kita tak punya kelebihan berbanding orang lain.
Unta pun ada kelebihan, apatah lagi kita manusia. Merujuk buku Teroka Sains 2, karya Wan Fahmi, Ph.D & Nur Annies, Ph.D, unta ada 3 kelopak mata, kening yang tebal, 2 baris bulu mata yang panjang dan lubang hidung tertutup. Semua kelebihan ini membuatkan unta boleh hidup di padang pasir yang terik. Kelebihan atau keunikan ini melindungi mata dan hidung unta daripada dimasuki pasir. Ayah teringat pula cerita yang ditampal di meja tempat kerja tentang anak unta mengingatkan ibunya akan kelebihan yang dimiliki dan diakhiri dengan satu soalan, "Adakah kelebihan ini berguna apabila kita berada di zoo?" Sepanjang perjalanan ke Makkah tempoh hari, boleh dilihat unta yang bebas mencari makanan dan boleh juga dilihat unta naik lori entah mahu dibawa ke mana-mana.
Sedikit pembacaan mungkin dapat menemukan kita dengan kelebihan diri serta menambah kelebihan kepada diri kita. Janganlah kita runsing kerana banyak antara kita yang tidak menyedari kelebihan diri sendiri sedangkan orang yang sentiasa mengambil berat akan diri kita sentiasa nampak kita punya kelebihan untuk dicontohi, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment