Isnin, dalam perjalanan ke klinik, Wan dan Atuk singgah hantar roti canai.
Duduk menghadap roti canai di meja, tiba-tiba Adik berbunyi,"Ada tangan!" Semua memandang ke arah Adik. Kemudian, memandang ke arah mangkuk kecil berisi kuah kari. Semua tergelak. Ya, ada 'tangan' yang sedikit terkeluar dari pinggir mangkuk. Nampaknya kaki ayam kegemaran Umi kelihatan seakan-akan tangan. Ya, sekarang isu harga ayam naik pun masih hangat. Tangan ghaib mana yang menaikkan harga ayam? Dulu-dulu, nak makan ayam, tangkap saja di belakang rumah. Sekarang, di belakang rumah ada rumah orang.
Cerita pasal ayam telah berlaku sekian lama, sejak zaman Pak Kaduk lagi, tak pernah habis, cuma isunya saja tak sama. Sentiasa diperkatakan, begitulah hebatnya ayam, ayam berkokok melihat malaikat, kehebatan kurniaan Allah SWT.
1 comment:
Ada yang pernah memberi perumpaan kaki ayam dengan tangan bayi. Hahaha
Post a Comment