Petang, waktu main, itu sepatutnya.
Maka, berlari dan memanjat pagar, keluar dari pagar utama. Jika ada video, pasti @khaby00 (Khaby Lame) akan menunjukkan cara yang paling senang untuk keluar dari pagar tanpa suara, hanya menggunakan memek muka dan kedua-dua belah tangan beberapa kali. Begitulah anak-anak, ada cara senang, tapi mereka lebih gemar memanjat, bagaikan satu pertandingan merentasi halangan. Letih memanjat, terjun dan berlari, bukan berlari masuk ke dalam air untuk berenang, tetapi masuk ke dalam rumah untuk minum air dan bermula semula. Biar mereka letih bermain dan menghadap alam sekitar kerana nampak tak letih-letih menghadap skrin komputer atau skrin telefon.
Kadang-kadang kita nampak cara senang, sengaja kita cari cara susah. Kadang-kadang kita nampak jalan dekat, sengaja kita pilih jalan jauh. Itulah manusia, tak sama, saling melengkapi.
No comments:
Post a Comment