Alhamdulillah, hari ini, Ahad, 21 Februari 2021 (21022021), hari ini Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan yang disempurnakan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Malam ini, Menara Kuantan 188 dan Jambatan Putra akan dirasmikan. Esok, 22 Februari 2021, satu lagi sejarah akan tercipta, murid SPM 2020 akan mula menduduki peperiksaan. Debarannya cukup terasa, banyak cabaran yang terpaksa dilalui sejak Covid memulakan angkara. Namun begitu, cabaran ini seharusnya menjadikan kita semua lebih kuat, lebih bersemangat kerana tak ada yang senang di dunia kecuali kita terpaksa melalui kepayahan terlebih dahulu. Kita semua terpaksa mengharungi bersama-sama, itu salah satu kekuatan yang ada, kita tak keseorangan.
Apabila kita terpaksa mengharungi cabaran bersama dengan yang lain, ini sudah cukup sempurna dan percayalah, Insya-Allah, kita boleh melaluinya. Moga maju jaya buat calon SPM 2020.
No comments:
Post a Comment