Satu angka atau dua angka dan satu nombor atau dua nombor jangan diambil mudah.
Tak percaya? Ubah huruf paling hadapan nama kita, sudah pasti nama kita pun turut berubah. Ingat tak cerita Nujum Pak Belalang, "Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah, di kerisnyakah, di tenaganyakah? Datuk kenal pada Hang Buah?" Masihkah ingat akan filem Mr. Bean's Holiday? Disebabkan kehilangan dua nombor, banyak peristiwa yang berlaku, antaranya ada yang terjun dari atas jambatan ke dalam sungai.
Apabila Adik datang beritahu Ayah, dia mahu roti bata, Ayah pun terpinga-pinga. Akhirnya, baru Ayah faham, dia mahu roti bakar.
Hari ini, saat ini, begitu banyak nombor, abjad dan gabungan kedua-duanya yang perlu dihafal atau diingati sebagai kata laluan. Salah satu abjab, salah satu angka, hari yang ceria boleh menjadi hari huru-hara. Angka dan abjad, nampak kecil, tapi besar maknanya untuk kita semua!
No comments:
Post a Comment