Masih lagi berkisar tentang kenangan pada hari ini.
Hari ini sudah 1 Rejab, 13 Februari. Semalam Jumaat, juga Tahun Baharu Cina. Seperti yang pernah Ayah beritahu, rakan sebilik pertama Ayah di UPSI dulu orang Cina, Selamat Tahun Baharu Cina buat yang menyambutnya. Petang ini, sahabat Ayah, Cikgu Latif mengepos dalam aplikasi WhatsApp, surat dan kad raya yang pernah ditulis, yang dikirim Ayah kepada kepadanya. Masih disimpan rapi kenangan itu, ternyata terakam cerita di situ. Bahagia itu juga ternyata banyak di dalam bilik-bilik memori saat kita duduk lalu membongkar, dari kisah Surau Pak Aris dan O.T Dussek sehinggalah kisah mandi perigi dan gajah makan tembikai.
Memetik kata-kata sahabat, Cikgu Latif, "Kenangan itu pasti dalam ingatan." Benarlah bahawa setiap detik itu menyimpan momen yang indah, juga mengeratkan ukhuwah, Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment