Saat Ayah menulis hujan kembali melebat. Ayah menghirup teh hijau Ahmad.
Ayah cukup tertarik dengan kata-kata Rich Dad,"Berhenti menyalahkan saya dan berfikir saya ialah masalahnya. Sekiranya kamu berfikir saya ialah masalah, maka kamu perlu mengubah saya. Sekiranya kamu menyedari bahawa kamu ialah masalahnya, maka kamu sendiri perlu berubah, belajar sesuatu dan menjadi lebih bijak." (Rich Dad, Poor Dad, Robert T. Kiyosaki, Edisi Bahasa Melayu terjemahan Muhammad Firdaus bin Arif, terbitan PTS Publishing House Sendirian Berhad.
Ayah kembali menyambung pembacaan Ayah yang tidak bertanda, membelek-belek dan kembali menjumpai muka surat yang Ayah baca sebelum ini. Sebelum muka surat kandungan, ada satu petikan ayat daripada USA Today " Rich Dad Poor Dad ialah permulaan bagi sesiapa yang ingin menguasai masa depan kewangan mereka."
No comments:
Post a Comment