Tempoh hari sewaktu ayah bawa Along pergi ke pertandingan catur, ayah jumpa kawan ayah.
Sudah lama tidak bertemu, dulu duduk di asrama yang sama. Dia juga Cikgu. Sudah lama ayah kenal dia, dia mungkin tidak kenal ayah sebab ayah muda setahun daripadanya. Apabila duduk di asrama, kami mula mengenali. Kadang-kadang, apabila waktu keluar ke bandar, kami semua akan keluar ke bandar Ikan Patin (Temerloh). Di sini dulu, pasar raya yang terkenal ialah pasar raya Pelangi (sekarang sudah tidak ada lagi). Ada yang balik yang bercerita, dia terjumpa kawan ayah tetapi dia tidak peramah seperti sewaktu di sekolah. Tidak semua orang tahu, Cikgu Ahmad ada kembar seiras.
Di asrama tempat kita mengenali kawan-kawan dan mengenal erti persahabatan. Suatu masa, pergi ke mana-mana pun tidak menjadi masalah, kerana kawan kita ada di mana-mana.
Translate
Tuesday, November 12, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senja Pulang
Kuterpegun di jendela, Bila hujan gerimis senja, Tak kulihat di hadapanku, Diriku dalam lamunan. Sedikit petikan 'Gerimis Senja'...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment