Biasanya, buka muka pintu, mukanya sudah ada. Umi cakap musim mengawan, mungkin ikut jantan. Kalau buka pintu, mesti meluru masuk ke rumah, masuk ke dalam bilik, menyondol-nyondol, menggesel-gesel. Minggu lepas, ayah panggil umi suruh tengok, Oren ada dalam kereta, entah bila masuk, ada di dalam kereta yang berkunci. Minggu lepas juga, buka sahaja pintu waktu balik kerja, Oren keluar dari dalam rumah. Kalau ayah duduk di kerusi luar, Oren akan melompat naik, menggesel-gesel dan suka benar digosok-gosok kepala dan di bawah dagu.
😭Rasa kehilangan, walau kadang-kadang rasa rimas, buka pintu dia masuk, buka tingkap pun dia melompat masuk. Kejap-kejap, datang menggesel. Kucing teman baik kita semua.
No comments:
Post a Comment