Dua hari lepas, ada temu duga murid tingkatan 1 tahun 2020 kuota Pengetua. Umi macam biasa, jaga pelajar SPM.
Balik ke rumah, Along beritahu Umi bahawa sudah lama tidak ke Taman Teruntum. Ayah dan umi bertanya untuk kepastian, "Taman Teruntum atau Laman Teruntum?" Setelah mendengar, sebenarnya yang dimaksudkan Along ialah Laman Teruntum. Kami tidak pernah berjoging di sini. Kereta diparkir di tepi Laman Teruntum. Arah main buih sabun, kemudian kami berjalan di trek di sepanjang Sungai Kuantan sehingga sampai ke kawasan arca besi berhampiran taman permainan yang menghadap HTAA. Kemudian, kami menyewa dan mengayuh basikal yang memuatkan kami berenam sambil dibelai angin Sungai Kuantan.
Selesai mengayuh, kami asyik menyaksikan panorama senja Sungai Kuantan dan helang yang melayah pulang ke sarang.
Translate
Wednesday, November 27, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dapatkan
Ya, dia sedang bekerja. Masakan tidak, walau dikata orang Monday Blues, semangatnya lain macam, pagi dia sudah jerit-jerit. Mana kau...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment