Pagi ini, ayah membancuh kopi, tidak tahu apa rasanya. Ada yang tidak suka kopinya manis, mahu rasa ada pahit. Serbuk kopi kampung cap Adik dan Abang, Opah beli sewaktu menghantar Tok Teh balik ke Sungai Petani tempoh hari.
Kedah tewas, JDT menjulang Piala Malaysia 2019. England tewas, Afrika Selatan menjadi Juara Piala Dunia Ragbi. Tidak ada orang mahu yang pahit, semua orang mahu yang manis. Bukanlah mudah menerima kekalahan atau kegagalan, namun asalkan kekalahan atau kegagalan itu kita ambil sebagai satu pelajaran, teladan dan pengajaran, Insya-Allah kita mampu bangkit kembali.
Untuk sampai ke satu tempat yang tinggi, sudah tentulah banyak pahit manisnya. Sudah hampir sampai pun, kadang-kadang tersungkur. Selagi ada nyawa, selagi ada cinta dan cita, walau tersungkur, pasti bangkit kembali!
Translate
Saturday, November 2, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik
Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment