Translate

Tuesday, September 3, 2019

14

Tahniah kepada Profesor Dr. Siti Zainon Ismail yang telah dinamakan sebagai Sasterawan Negara ke-14.
        Dalam buku beliau '100 Malay Proverbs, Pepatah Petitih Melayu', ada peribahasa 'burung terbang dipipiskan lada'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pipis  bermaksud sudah dilumatkan (dihaluskan). Memipis ialah melumatkan atau menghaluskan (lada, rempah dan lain-lain) dengan batu giling dan lain-lain. Ayah pun tidak tahu ke mana menghilangnya batu giling di rumah nenek, salah satu aktiviti waktu kecil, melihat nenek memipis lada.
       Setiap hari kita dapat belajar sesuatu daripada orang lain, sama ada melalui penceritaan atau penulisan mereka. Luangkan sedikit masa untuk membaca walaupun hanya satu muka. Surah Al-Alaq adalah untuk kita.




No comments:

Tindakan

And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...