Semalam, selesai kelas, ayah ke Petrosains di Perpustakaan Awam Negeri Pahang. Anak murid umi buat latihan robotik.
Along ajak ayah main permainan 'Mindball'. Ayah tanya anak murid ayah yang bekerja di situ, Hakeem, dia cuti semester. Dia kata, permainan itu berkaitan saraf dan memerlukan ketenangan. Bola kecil ada di tengah, jika bola itu bergerak ke tempat lawan sampai ke hujung, kita menang dan sebaliknya. Pada skrin, dipaparkan gelombang setelah kita memakai satu alat pada kepala. Along kalah tiga kali. Umi kalah satu kali. Ayah cakap, waktu bermain ayah baca 'Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un' tidak henti, ada ustazah ajar. Along bisik pada telinga Angah, angah baca ayat yang sama, akhirnya ayah tewas.
Dalam hidup kita, kita mahu ketenangan. Islam telah mengajar kita. Ustaz ustazah selalu berpesan supaya berzikir dan beristighfar. Mari amalkan!
Translate
Saturday, June 15, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment