Ada bunyi sewaktu ayah melalui kawasan pemeriksaan. Apa yang tidak kena?
Kebiasaannya tidak pernah terjadi. Kali ini ayah diminta menanggalkan kasut, barulah tidak ada bunyi. Lega. Ayah ingat ayah pernah sampai Klia 2 bersama dengan umi dan anak-anak, rupa-rupanya tidak. Ayah kembali menyarungkan kasut dan kami menuju ke pintu K12. Jarang sekali ayah berkasut kecuali terpaksa atau dirasakan perlu sahaja. Ayah lebih gemar bercapal sahaja.
Kata bijaksana, kalau mahu tahu luasnya langit, tanyalah sang helang, kalau mahu tahu dalamnya hutan tanyalah sang puyuh. Kalau mahu tahu tentang kasut, tanyalah kawan ayah, dia banyak kasut dan pakar tentang kasut.
Translate
Friday, June 21, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment