Alhamdulillah, Syawal pun tiba. Macam-macam juadah tersedia.
Pagi selepas balik dari masjid, kami duduk sekejap sambil menikmati juadah. Ayah ralit mengunyah kacang kuda dan meratah daging masak kicap. Umi pun suka. Selepas beraya di rumah Tok Nab dan Tuk Ron, kami bergerak ke rumah nenek di Sungai Nerek. Ada nenek dan Mak Njang. Angah dan Achik gemar sangat makan laksa, bertambah. Kami balik ke rumah opah sebelum Zuhur dan ini kali pertama kami raya Aidilfitri di sini. Petang, Along, Angah,Aidil, Ziyad ikut Tok Chik dan Nenek ke rumah Tok Pah dan Tok Li.
Sempat mereka main bola sebelum hujan dan masuk rumah Tok Li dan Tok Pah makan laksa. Bertambah lagi Angah makan laksa. Siap minta kicap lagi. Bukan semua orang biasa makan laksa dengan kicap. Cubalah!
Translate
Wednesday, June 5, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment