Antara perkara indah sewaktu zaman sekolah dahulu ialah dapat berjumpa dengan pemimpin yang selalu kita lihat di televisyen dan di dalam surat khabar.
Sewaktu di tingkatan enam ayah menerima hadiah daripada YB Tan Sri Sabbaruddin Chik yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh. Sewaktu di universiti pula kami, kami dapat berjumpa dengan Menteri Besar Pahang, YH Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob yang akan bersalaman dengan semua mahasiswa di dalam dewan walaupun bilangannya ramai. Kami juga pernah bergambar dengan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Kami juga pernah terserempak dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.
Ayah, umi dan anak-anak masih lagi belum sempat bertemu dengan negarawan dan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, 93 tahun.
Translate
Wednesday, May 9, 2018
Tujuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
1 comment:
sekali lagi. alhamdulillah.
Post a Comment