Translate

Sunday, May 6, 2018

Kobar Kibar

Anak-anak ayah sudah ada yang kenal bendera parti politik.
         Ayah menjelaskan satu-persatu tentang bendera yang berkibaran di sepanjang perjalanan apabila ditanya mereka. Alangkah begitu indahnya kalau bendera Malaysia yang berkibaran di sepanjang jalan. Kitakan rakyat Malaysia. Pada kereta ayah ada juga bendera Malaysia tetapi tidak pernah berkibar. Akhirnya, anak-anak ayah tanya ayah, ayah undi apa? Ayah cakap undi adalah rahsia. Mereka ingin tahu juga.
        Itulah anak-anak,  semangat mereka berkobar-kobar dan sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Mungkin lebih tinggi daripada mana-mana bendera parti politik yang berkibar.

2 comments:

mek yunie said...

ayah undi untuk malaysia. ahahah

Unknown said...

budak-budak memang selalu curious. and i wish mereka dapat benda2 positif sepanjang PRU ni dan bukan benda negatif.

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...