Jika 22 tahun merujuk kepada tempoh perkhidmatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-4, 33 tahun pula merujuk kepada tempoh perkhidmatan Encik Thinagaran a/l Munusamy di Semsas.
Yang ayah ingat tentangnya ialah dia pernah bertugas menjadi pengawal keselamatan Semsas dan dia bermula dengan jawatan tukang sapu (terima kasih Encik Hafiz atas maklumat). Apabila ayah, abang Hafiz, Cikgu Hashim, Cikgu Suhaimi mahu keluar makan pada waktu malam, Cikgu Hashim akan bertanya tentang air minuman yang mahu dipesan. 'Teh tarik' itulah jawapan.
33 tahun ( 1 April 1985 - 31 Mei 2018) bukanlah waktu yang singkat dan sudah tentu 'Hidup Berjasa' itu yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa berjasanya Encik Thinagaran di Semsas. Selamat Bersara dan selamat menempuh kehidupan baharu buat Encik Thinagaran a/l Munusamy.
Translate
Thursday, May 31, 2018
Hidup Berjasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment