Translate

Thursday, February 1, 2018

Pandang

Hidup ini, bagi yang boleh melihat, itu antara rahmat yang paling besar daripada Allah.
      Hijjaz dalam lagunya, Pandangan Mata, juga ada menyebut tentang perkara ini.

       Hati tempat jatuhnya pandangan  
       Allah
      Jasad lahir tumpuan manusia
       Utamakanlah pandangan Allah
       Daripada pandangan manusia

      Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat pula, peribahasa Minangkabau, pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan bermaksud memeriksa sesuatu dengan cermat ( teliti).
      Ada masanya, kita tak pasti siapa memandang siapa sebenarnya, apatah lagi di zoo.

No comments:

Kongsi

Semalam 10 Disember 2025 , soalan Biologi dijawab anak-anak. Minggu depan ialah minggu terakhir untuk anak-anak bersama-sama menjawab soalan...