Kumbang yang ayah biasa tengok warna kuning dan hitam.
Waktu dulu-dulu, rumah asal felda dibuat daripada kayu dan nak naik rumah, kena naik tangga. Biasanya, kumbang suka buat sarang di bawah rumah dengan menebuk kayu yang menampung papan lantai. Alatan yang digunakan untuk menangkap kumbang ialah botol kaca (botol kicap atau sos yang tidak digunakan). Muncung botol ditekapkan pada kayu berlubang yang menjadi sarang kumbang. Kemudian, kayu atau apa-apa yang keras diketuk pada bahagian kayu tempat kumbang bersarang. Kumbang terkejut lalu keluar dan terus terperangkap di dalam botol. Bunyi kumbang sebahagian daripada bunyi alam. Kami hanya mahu menikmati bunyinya. Kadang-kadang kumbang diikat dengan benang dan dibiarkan terbang, kemudian ditarik supaya kumbang tak terbang jauh (yang ini menganiaya binatang dan masa kecil nampak sangat kurang empati).
Sekarang, nampak kumbang kecil pun anak-anak panggil ayah.
Translate
Friday, February 16, 2018
Kumbang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik
Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment