Ayah baru nak basuh kereta. Tiba-tiba dengar bunyi anak kucing.
Mesti Oren dah beranak. Tengah hari tadi gelisah semacam, masuk rumah cari tempat nak beranak. Belum sempat ayah pergi tengok, tiba-tiba dia meluru, menggonggong anak yang masih bertali pusat dan berdarah masuk ke dalam rumah, terus masuk ke dalam laci almari televisyen yang tidak bercermin.
Umi terkejut dan membawa masuk adik ke dalam bilik. Ayah mencari kotak dan meletakkan di depan almari. Dia hanya duduk dengan anaknya yang masih bertali pusat.
Akhirnya, ayah hanya sempat basuh kereta separuh sahaja kerana kejap-kejap masuk rumah mengharapkan Oren membawa masuk anaknya ke dalam kotak. Maghrib pun tiba.
Terpaksalah ayah memegang anaknya berlapikkan tisu dan memasukkan ke dalam kotak. Oren pun ayah masukkan ke dalam kotak.
Translate
Sunday, February 4, 2018
Beranak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntut
Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu. Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment