Asalnya, mereka tidak mahu ikut. Ayah cakap, balik nanti kita singgah Serambi Teruntum. Ayah tunjuk ke arah televisyen yang sedang bersiaran langsung dari Serambi Teruntum.
Mereka setuju ikut ayah. Ayah pun membawa mereka ke Mawar Villa, Batu Hitam. Ada Hari Keluarga tempat kerja. Terlajak sedikit kerana tidak perasan simpang ke tempat ini setelah melalui pantai Batu Hitam.
Masuk sahaja ke Mawar Villa, sudah riuh-rendah suara anak-anak kedengaran. Malam tadi pula riuh-rendah dengan suara anak-anak di Anugerah Semarak Jasa dan Kokurikulum. Riuh-rendah ini menarik minat along dan angah kerana suara budak-budak mandi kolam.
Ayah ke tepi pantai dan berborak. Along cakap dia mahu berbincang dengan ayah. Katanya, tak pergi ke Serambi Teruntum pun tak apa sebab dia mahu mandi kolam. Ayah pun tidak tahu ada kolam di sini dan mereka tidak bawa seluar atau baju mandi. Sebelumnya, ayah sudah cakap, jika basah kuyup tidak bolehlah ke Serambi Teruntum.
Cukup gembira mereka dapat mandi kolam. Ayah pergi beli seluar, jika tidak, mereka 'kecut' kesejukan dan kusyen kereta pasti basah.
Translate
Friday, November 3, 2017
Kolam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senja Pulang
Kuterpegun di jendela, Bila hujan gerimis senja, Tak kulihat di hadapanku, Diriku dalam lamunan. Sedikit petikan 'Gerimis Senja'...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment