Apa kemudahan lain di Serambi Teruntum ? Berhadapan kedai makannya di sebelah belakang, ada tempat anak-anak bermain dan terdapat surau serta tandas.
Semalam, di dalam bangunan di ruang tengah, anak-anak sibuk mewarna menggunakan pasir halus yang berwarna, ada demontrasi ukiran kayu dan juga mewarna batik.
Seni? Ayah dan anak-anak cukup teruja. Ayah menyuruh along dan angah mewarna batik. RM 18 sempena Karnival Sehati @ RTM Moh La Weh. Ayah hanya memerhati. Along dan angah diajar menggunakan warna. Encik Zam turut mengajar along dan angah. Di samping melihat mereka, ayah ralit memerhati Encik Mat dari Bukit Kuantan mengukir.
Seperti biasa, kanak-kanak masih kurang logik dalam diri mereka dan ini membuatkan lukisan mereka unik. Mereka tidak peduli atap warna apa atau apa-apa sahaja. Yang mereka pentingkan ialah keseronokan. Along dan angah kusyuk mewarna batik.
Moh La Weh ke Serambi Teruntum.
Translate
Saturday, November 4, 2017
Batik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment