Hari Ini Dalam Sejarah biasanya ayah dengan dalam radio RTM selepas berita 7 pagi. Perkara yang dilaporkannya ialah perkara yang bersejarah dalam Malaysia yang berlaku pada hari dan bulan yang sama pada hari itu.
Bagi orang yang ada 'Facebook', 'Facebook' akan melaporkan peristiwa, gambar atau kata-kata yang telah kita pos tahun lepas atau tahun-tahun sebelumnya. 'Facebook' juga berfungsi seperti Hari Ini Dalam Sejarah.
'Facebook' menunjukkan bahawa pada tahun lepas juga ayah salah memakaikan baju pada Naufal kerana hari Rabu dia sepatutnya memakai baju sukan. Nampaknya sudah dua tahun dia berbeza daripada orang lain ketika jamuan akhir tahun.
Sejarah tidak akan menipu. Hujung tahun mungkin banyak kerja atau banyak perkara yang perlu difikirkan. Kata New Boyz, sejarah mungkin berulang dan kata ayah, sejarah telah berulang. Ayah berharap, cerita ini tidak berulang lagi tahun hadapan, Insya-Allah.
Mengekeklah ayah dan umi melihat gambar tahun lepas dan tahun ini. Ayah tetap rasa bersalah.
Translate
Thursday, November 23, 2017
Hari Ini Dalam Sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment