Macam yang pernah diberitahu ayah, adik cukup gemar menyusup dan merangkak di bawah meja apabila ke kedai makan.
Satu hari, agak lama dia berada di bawah meja, ayah membongkokkan badan dan nampak dia sedang memasukkan puntung rokok yang dikutipnya ke dalam mulut.
Menurut artikel yang ditulis Shuhada Mansor, dianggarkan 50 orang terjebak dengan merokok pada setiap hari. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan tabiat ini. Kematian ini tidak termasuk individu yang mati kerana terdedah dengan asap rokok atau digelar 'environmental tobacco smoke' (ETS).
Setelah ayah membelek Harian Metro hari ini, barulah ayah tahu bahawa setiap tahun pada 31 Mei, dunia menyambut dan meraikan 'Hari Tanpa Rokok'.
Translate
Thursday, June 1, 2017
Puntung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment