Hari ini ada bau yang macam-macam. Pagi-pagi lagi sudah bau baulu baru keluar dari ketuhar.
Asap ada di mana-mana. Asap lemang di kiri kanan jalan.Tambah-tambah lagi, di bazar Ramadan, macam-macam bau ada dan masih dipenuhi orang.
Alhamdulillah, kita masih dapat mengecap nikmat kerana di negara luar pelbagai tragedi yang berlaku. Quetta, Pakistan (Sinar Harian) dicemari bau darah kerana 11 terbunuh. Seramai 20 yang lain cedera dalam satu letupan kuat berhampiran pejabat ketua polis.
Walaupun berlainan pendapat, marilah bersama-sama kita menjaga nikmat yang sedang kita kecap dan nikmat keamanan ini, Insya-Allah.
Bau rendang ayam sudah memanggil-manggil.
Translate
Saturday, June 24, 2017
Nikmat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment